Tatkala telingaku digegarkan
Dengan tanda2 akhir zaman
Yang telah berlaku,
Saat itulah seluruh tubuhku menggeletar,
Dari setiap urat2 yang halus,
Bagaikan ingin rebah,
Maka setiap saat yang ku lalui,
Aku terasa bagaikan tidak cukup,
Untukku menebus segala dosa2ku,
Kalaupun ibadah yang ku lakukan
setinggi gunung,
Aku tahu,
Itu pasti tidak mampu,
Mencapai dosa setinggi langit...
Namun,
sungguh manusia itu sangat menghairankan,
Andai dirinya dilalaikan dengan nikmat yang sedikit,
Terus dirinya hanyut dibuai binasanya dunia...
Aduh,
sungguh aku lah manusia,
aku hanyalah manusia biasa,
Yang kala ku ingat,
Yang kala ku lupa,
Perlukah ini berulang2,
Hingga hujung nafasku?
Sedangkan bila nafas ini terhenti,
Aku sendiri tidak tahu,
Dan seandainya saat nafasku terputus,
Tika aku sedang lalai,
bagaimana??
Astaghfirullahalazim...
YA ALLAH,
YA RAHMAN,
YA RAHIM,
Sesungguhnya hambaMu ini memohon perlindungan dariMu YA ALLAH,
Yang Maha melindung,
Kau tetapkanlah aku dalam agamaMu,
Matikanlah aku dalam Islam,
Matikanlah aku dalam taqwa,
Matikanlah aku dalam Iman...
Amin...
Tuesday, February 1, 2011
Tuesday, December 7, 2010
hanya aku dan Allah...
Tidak perlu ku imbau kembali,
Masa lalu yang sangat pahit,
Yang sentiasa menjadi bisa,
Yang menyelubungi hatiku.
Siapa lagi kalau bukan aku,
Yang perlu menjaga hatiku,
Insan lain takkan pernah tahu,
Apa sebenarnya yang tersirat di kalbuku.
Jika aku ingin berubah,
Biarkan aku berubah,
Kerana Allah yang Maha Esa,
Bukan kerna manusia .
Allah itu sentiasa di sisimu,
Menunjukkan padamu,
Jalan yang selamat,
Agar kau tidak sesat.
Berdoalah padaNya,
Pohonlah padaNya,
Rayulah padaNya,
Sujudlah padaNya.
Kerana dunia hanyalah sementara....
Kembara mencari cinta
6.30-7/12/10-1 muharram...
Saturday, November 20, 2010
palsu
tiap kali ak merasakan bahagia,
ada duka yg dtg melanda,
kerna bahagia yg ku rasa,
bukanlah kebahagiaan yg sebenar,
segalanya hanyalah palsu...
benar,
dunia hanyalah palsu,
kisah cinta manusia,
semuanya palsu,
mereka bilang bahagia,
sdg hati mereka kotor,
mereka sdg terseksa...
mereka buta,
buta kerana cinta,
cinta dunia yg palsu,
palsu semata-mata...
ada duka yg dtg melanda,
kerna bahagia yg ku rasa,
bukanlah kebahagiaan yg sebenar,
segalanya hanyalah palsu...
benar,
dunia hanyalah palsu,
kisah cinta manusia,
semuanya palsu,
mereka bilang bahagia,
sdg hati mereka kotor,
mereka sdg terseksa...
mereka buta,
buta kerana cinta,
cinta dunia yg palsu,
palsu semata-mata...
Thursday, November 18, 2010
kisah cinta manusia
saat hati gembira
terasa kekal di dunia
kerana hadirnya cinta
dari insan bergelar manusia
suka dan duka ditempuhi bersama
segala rahsia tersimpan di dada
benarkah ku kan bersamanya?
semoga bahagia aku dan dia
namun cinta itu terlalu buta
bagi manusia yang sangat alpa
tidak kenal erti sebenarnya
maka hanyutlah
berlumuran dosa
saat hati ini hampa
baru terasa singkatnya usia
kerana hilangnya cinta
dari insan yang bergelar hamba
segalanya dilalui sendiri
namun rahsia masih tersimpan
yang bersama kan terpisah
kerana bahagia bukan hakikatnya
barulah hati ingin kembara
mencari cinta yang sebenar
tersedarlah manusia dari lena
memohon keampunan dari yang Maha Esa
maka berbahagialah
tika cinta Allah bertakhta
nor arina
1.35 a.m,jumaat,21.5.2010
kembara mencari cinta
~syukur Allah masih sygkn hambaNya~
terasa kekal di dunia
kerana hadirnya cinta
dari insan bergelar manusia
suka dan duka ditempuhi bersama
segala rahsia tersimpan di dada
benarkah ku kan bersamanya?
semoga bahagia aku dan dia
namun cinta itu terlalu buta
bagi manusia yang sangat alpa
tidak kenal erti sebenarnya
maka hanyutlah
berlumuran dosa
saat hati ini hampa
baru terasa singkatnya usia
kerana hilangnya cinta
dari insan yang bergelar hamba
segalanya dilalui sendiri
namun rahsia masih tersimpan
yang bersama kan terpisah
kerana bahagia bukan hakikatnya
barulah hati ingin kembara
mencari cinta yang sebenar
tersedarlah manusia dari lena
memohon keampunan dari yang Maha Esa
maka berbahagialah
tika cinta Allah bertakhta
nor arina
1.35 a.m,jumaat,21.5.2010
kembara mencari cinta
~syukur Allah masih sygkn hambaNya~
Wednesday, November 17, 2010
akulah manusia
aku bukan malaikat
yang sentiasa taat dengan perintah Tuhan
aku bukan malaikat
yang tidak pernah leka walau sesaat
aku bukan malaikat
yang sangat tinggi nilai imannya
namun...
aku juga bukan iblis
yang sentiasa membisiikan kejahatan dalam diri manusia
aku juga bukan iblis
yang angkuh dan tidak tunduk
aku juga bukan iblis
yang ingin memecahkan belahkan insan yang bersama
hakikatnya...
aku hanyalah manusia biasa
yang kadang sedar
kadangku terlena
aku hanyalah manusia biasa
yang kadang ku teguh
dan kadangku runtuh
aku hanyalah manusia biasa
yang kadang ku tekun
dan kadangku lalai
sesungguhnya...
aku bersyukur dan reda
dengan diriku seadanya...
nor arina
10.02 p.m/jumaat/14.5.2010
kembara mencari cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)