Thursday, November 18, 2010

kisah cinta manusia

saat hati gembira
terasa kekal di dunia
kerana hadirnya cinta
dari insan bergelar manusia
suka dan duka ditempuhi bersama
segala rahsia tersimpan di dada
benarkah ku kan bersamanya?
semoga bahagia aku dan dia

namun cinta itu terlalu buta
bagi manusia yang sangat alpa
tidak kenal erti sebenarnya
maka hanyutlah
berlumuran dosa

saat hati ini hampa
baru terasa singkatnya usia
kerana hilangnya cinta
dari insan yang bergelar hamba
segalanya dilalui sendiri
namun rahsia masih tersimpan
yang bersama kan terpisah
kerana bahagia bukan hakikatnya

barulah hati ingin kembara
mencari cinta yang sebenar
tersedarlah manusia dari lena
memohon keampunan dari yang Maha Esa
maka berbahagialah
tika cinta Allah bertakhta

nor arina
1.35 a.m,jumaat,21.5.2010
kembara mencari cinta

~syukur Allah masih sygkn hambaNya~

No comments:

Post a Comment