Tuesday, July 24, 2012

Sahur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Dalam riwayat Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu, jangan lah kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air.Maka sesungguhnya Allah s.w.t dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur" - Riwayat Imam Ahmad

MasyaAllah,besarnya berkat sahur itu kawan2 >.< Allah dan malaikat berselawat.

Tahukah anda?hehee.. --> Sahur itu membezakan puasa kita umat Islam dengan org Yahudi dan Nasrani(ahli kitab).  berdasarkan sabda Rasulullah...

Jadi,bila waktu yang paling afdal utk sahur? kita perlu tidur dulu,kemudian bangun bersahur.sebaik-baiknya sebelum imsak sebagai tanda berhati2.lebih kurang setengah jam sebelum masuk subuh,bolehlah mule bersahur :) sesungguhnya melewatkan sahur itu yg paling baik,

Zaid bin Thabit pernah berkata:

"Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat subuh,"
Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?"
Berkata Zaid:
"Sekadar membaca 50 ayat alQuran" - Riwayat al-Bukhari


Sahabat,rajin2 lah bangun sahur ye.sgt besar berkatnya :) mkn buah kurma sebijik,minum air pon da ckup ...

Wallahua'lam.

Bulan istimewa :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Hai sahabat :).How's ur day of Ramadhan?speaking pulak kan :p.harapnya semua sedang bertungkus lumus beribadah padaNya.insyaAllah :>

Jadi seperti yang kita tahu,ade 3 bulan ni,yang sangat istimewa, REJAB,SYA'BAN,RAMADHAN.

3 sekawan.e'eh.hehee.setiap bulan ni,ade istimewanya.cuma na sentuh secara general.

REJAB
-digelar sebagai bulan Allah.
-terdapat 1 malam iaitu israk dan mikraj yang jatuh pd tanggal 27.

SYA'BAN
-digelar sebagai bulan Rasulullah S.A.W
-terdapat 1 malam iaitu malam nisfu sya'ban yang jatuhnya antara malam 14-15

RAMADHAN
-digelar sebagai bulan Ummat (bulan itu,bulan kita~~~ eh,nyanyi pulak kan :D )
-terdapat 1 malam yang teramat sangat istimewanya iaitu LAILATUL QADR.
 haaa,yg ni sgt istimewa.bila malam tu?xde sesiapa pon yg tahu kecuali Allah S.W.T sahaja.SubhanAllah.indahnya malam itu,amalnya berlipat kali gandanya.
walaupun kita xtahu,tapi sayangnya Rasulullah S.A.W kat kita, Baginda bg hint kat kite.haa..
Iaitu jatuhnya malam itu pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada tarikh yg ganjil.insyaAllah.mari kita usahakan.insyaAllah dipertemukan dengan malam itu, apa kita na bace?ha,ha,x tahu...hihi,hafal2!

DOA MALAM LAILATUL QADR
Aisyah R.A pernah bertanya pada Baginda:
“Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

doamalamlailatulqadar

Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “


hmmm,tapi jgnlah pulak last 10 terakhir Ramadhan je kita berusaha bersungguh2.mane boleh!haha.dia seolah2 mcm ade fasa dia.haaa,bulan Ramadhan ada fasanya,dan saya rasa semua tahu kan?

Fasa 1: 10 malam pertama = dikurniakan Rahmat
Fasa 2: 10 malam tengah = dikurniakan kemapunan
Fasa 3: 10 malam terakhir = pembebasan dari api neraka (adanya Lailatul Qadr)

Mcm kita isi borang UPU,x masuk fasa 1 x lps na masuk fasa 2 kan?haha...
cmtu lah,na masuk smpai fasa 3,kne la lulus fasa 1 n 2...

Jadi,marilah kite beramal bersungguh2 di bulan mulia ni ye.jgn asyik duk tido je(terkena pd sri sendri.)

Wallahua'lam.






Monday, July 23, 2012

Doa Jibrail diaminkan oleh Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ini berjaya pergi ke surau permai villa untuk tarawikh.suke2 >.<. 
so,time tazkirah,ada 1 hadith yg telah dikongsi bersama :) :

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

Maksud hadis: 
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar."
Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: "Amin."
Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: "Amin."
Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi:" Amin."
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: "Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini."
Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni
Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu
Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga
Lalu aku pun mengaminkannya 
-Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)] 

Ada 1 hadith palsu yg seakan2 mirip dgn hadith ini.mohon semua berhati-hati ye :) :

Hadis yang disebarkan berbunyi begini: Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: - Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); - Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; - Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. " Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat .


Mohon semua,kaji lah dulu sebelum menyebarkan sesuatu.kalau saya ade salah silap,mohon di tegur ya.insyaAllah :)

Wallahua'lam.




Sunday, July 22, 2012

Memberi Salam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ^-^ (jawab,x jawab dose :p)


Apa yang anda bygkan bila bace salam tu?msti bygkan yg saya tersenyum mesra kan? :)
Memang betul,salam itu amat mesra.Sgt berbeza bila seseorang tu menegur kita dgn memberi salam,dan bila berkata "Hai" ...betul x? bila org bg salam kita mcm sentap jap.haha :D tp kita terus akan rase seseorang tu baik akhlaknya kan?


Apa sebenarnya maksud salam ni?bg salam tp xtahu maksud...aduhai =.="


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh : "Semoga Allah memberi keselamatan, rahmat, dan berkahNya pada anda"


Dah tahu maksudnya kan?barulah bermakna bila kita bg salam kat org dan sebaliknya :)


Antara hadis2 berkenaan dengan salam :


Assalaam adalah nama dari nama² Allah yg dletakkan di bumi, maka sebarkan  di antara kamu. (HR. Bukhari)


Rasul bersabda,"mengucapkan  pada seorang mu'min itu sedekah" (HR. Ad-Dailami)


Orang yg paling dekat dengan Allah ialah yg memulai memberi salam. (HR. Abu Dawud) 


Orang yang memulakan salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur (HR Al-Baihaqi) 


hehee.nampak sgt amek dr mane kan?xpelah,kita sebar2kan utk dikongsi bersama :)


Salam ni,sangat banyak kelebihannya.antaranya mestilah dpt mengeratkan silaturrahim.tp yg x suke nye bila wujud lelaki2 yg menyalahgunakan salam ni.suke benor mengacau wanita2 yg lalu.
"Assalamualaikum awk,x jwb dose..." =.=" tahu pulak dose nye.jgn lah kacau,x suke pon.
Terbaca 1 artikel ni,antara kelebihan salam:


KAMAR-KAMAR DI SYURGA


Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.
“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”
“Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
>.< suke2 


hukum memberi salam sunat,jawab wajib.namun begitu,ade beberapa salam yang tak wajib pon utk kite jawab.
Salam yang x wajib dijawab ade 4 berdasarkan Ustaz Abu Hassan ckp:
1.Salam dari bukan Islam(penerangan di bawah)
2.Salam solat jemaah
-maksudnya salam yang imam ucap time tahiyyat akhir.salam tu bukan utk kite.jgn jwb!haha
3.Salam yang diberi di akhir ucapan
-Rasulullah pernah bersabda bahawa salam itu adalah utk permulaan,bukan di akhir.jd apabila seseorang itu berucap dahulu then baru bg salam,x wajib utk kita jwb salam tersebut.
4.Salam yang dipermainkan
-haaa,yg ni salam mat rempit atau segala jenis mat la yg suke duk ngacau org."Assalamualaikum awk,x jwb dose..haha"...yg ni,x wajib ye dijawab.




tapi, kebanyakan kita confused bila dgn bukan Islam.betul x?betul x? Mungkin ni dpt membantu serba sedkit,kalau ade silap,mohon tegur ya :)


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه


Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.


Ulama berbeza pendapat tentang hadith ini, ada yang kata haram,dan ada pula yang kata makruh.


Mari kita lihat yang seterusnya




{وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا (86)} [النساء : 86]
"Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (QS. An Nisaa' : 86).

Maksudnya di sini, kita boleh menjawab salam dari bukan yang Islam tapi ada caranya.Kita baca pulak kisah ni :) (Ustaz Abd Hakim)

Berkata Hisyam bin Zaid bin Anas bin Malik:
 Saya pernah mendengar Anas bin Malik berkata: 
Seorang Yahudi pernah lalu dihadapan Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam lalu dia mengucapkan (salam dengan ucapan): 
"AS SAAMU' ALAIKA."
 Maka Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam menjawabnya:
"WA'ALAIKA."
Kemudian Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda (kepada para Sahabat): 
"Tahukah kamu apa yang dia ucapkan? Dia mengucapkan (salam kepadaku dengan ucapan): AS SAAMU'ALAIKA [ Kematian untuk kamu ]."
Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, izinkan kami untuk membunuhnya?
Baginda menjawb: "Jangan! (Tetapi) apabila Ahlul Kitab memberi salam kepada kamu maka jawablah: "WA'ALAIKUM (saja)." (HR. Bukhari no. 6926).
Jadi,sebab itulah kenpa kalau bukan Islam bagi salam pada kita,kita jawab WA'ALAIKUM atau WA'ALAIKA sahaja.Sebabnya, maksud AS SAAMU adalah MATI.maka Rasulullah S.A.W mengajarkan menjawab seperti yang dikatakan tadi yang bermaksud "atas kamu juga(kematian)"

Imam Nawawi pula berpendapat kita boleh beri salam kepada bukan Islam tetapi jika perlu.Sebagai tanda hormat kita kepada mereka.Situasi macam ni sesuai lah utk kita di Malaysia yang berlainan bangsa dan agamanya.Contohnya : "Selamat pagi, Pagi yang bahagia, Salam 1 Malaysia (e'eh,hehee :P)..." mcm tu lah.


Jadi,marilah kita sama2 amalkan memberi salam sesama saudara Islam kita.boleh tambah pahala.free je kan? :) Ingat,jumpe kawan lepas ni, "Assalamualaikum (dgn senyuman :3)"


Wallahualam.







Tuesday, July 17, 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H