Saturday, August 11, 2012

Tips merawat hati

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Dalam dunia sekarang ni,kita sangat disibukkan denga kehidupan seharian iaitu kehidupan dunia.dalam sedar atau tak,hari2 kita akan melakukan maksiat samada secara zahir atau batin.lalu membuatkan hati kita rasa kosong dan sedih.jangan bimbang :).di sini ade beberapa cara untuk kita merawat hati kita supaya dapat hidup semula dengan cahaya Allah insyaAllah :-

1.Membaca AlQuran serta memahami dan menghayati maksud2nya
2.Mengosongkan perut iaitu berpuasa
3.Selalu amalkan Qiamulail
4.Meratap dosa2 yang lalu(mohon ampun)
5.Duduk dengan orang2 yang soleh :)

Sesungguhnya kehidupan kita sememangnya bermula dengan hati kita.kalau hati kita bersih,pasti hidup kita akan sentiasa ceria dan gembira dengan rahmatNya.

Wallahualam.

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Dah sampai ke penghujung bulan puasa dah ni.mcmane dgn puasa anda?Alhamdulillah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Tahu tak bahawa betapa untungnya kita ummat Nabi Muhammad S.A.W ni yang ummat2 sebelumnya x dpt di bulan Ramadhan ini.

5 kehebatan dalam bulan Ramadhan yang hanya ummat Nabi Muhammad S.A.W dapat:

1.Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi
2.Ikan-ikan di laut,tasik, dan sungai semuanya minta diampunkan dosa kita (SubhanAllah :))
3.Setiap hari Allah peritahkan malaikat2 menghiaskan syurga istimewa buat hambaNya yang telah bersusah payah hidup di dunia ini dan untuk orang2 yang berpuasa
4.Syaitan2 dan iblis dibelenggu
5.Pada akhir Ramadhan, Allah akan mengampunkan dosa2 hambaNya yang berpuasa.kisahnya:
Rasulullah berkata "pada akhir Ramadhan,akan diampun segala dosa hamba2 Allah."
sahabat berkata "itu pasti pada malam Lailatul Qadr."
Rasulullah menjawab "tidak,ia bukan hanya pada malam Lailatul Qadr.tapi pada hari2 akhir ramadhan juga."

Bersyukurlah kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W dan manfaatkanlah puasa kita semua.cop!ade lagi tips2 di bulan puasa daripada Rasulullah S.A.W sendiri :) :-

1.Banyakkan zikir tahlil "Lailahaillallah"
2.Banyakkan zikir istighfar "Astaghfirullahalazim"
3.Banyakkan doa meminta syurga Allah
4.Banyakkan doa minta perlindungan dari azab neraka Allah

Wednesday, August 1, 2012

Bantulah saudaramu,lebih mulia dari beriktikaf :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t :)

Sekarang ni,kita di gemparkan dengan berita pembunuhan saudara2 Islam kita di Burma :'(
Sangat sedih melihat gmbr2 mangsa yang dibunuh.Astaghfirullah.
Sudahkah anda berdoa untuk mereka?bersama2 lah kita mendoakan keselamatan mereka dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang bertaqwa.insyaAllah.Amin :')

Sebenarnya,hari ni na cerita tentang kisah Abbas

Hazrat Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما berkata bahawa sesungguhnya sekali beliau sedang beriktikaf di dalam masjid Nabi صلى الله عليه وسلم.
Telah datang kepadanya seorang lelaki lalu memberi salam kemudian dia telah duduk. Hazrat Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما telah berkata kepadanya,
“Wahai fulan! Aku nampak kamu berada di dalam keadaan dukacita dan sedih.” Beliau menjawab, “Wahai saudara sepupu Rasul Allah. Aku ada hak yang wajib ditunaikan dan demi kehormatan penghuni kubur ini, aku tidak mampu menunaikannya.”
Hazrat Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما pun berkata, “Adakah patut aku bercakap dengannya bagi pihakmu?” Lelaki itu menjawab, “Persilakanlah sekiranya engkau suka.”
Perawi berkata lalu Hazrat Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما pun memakai kasut dan keluar dari masjid.
Lelaki itu pun berkata kepadanya, “Adakah engkau lupa apa yang sedang engkau lakukan?”
Hazrat Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما menjawab, “Tidak !! Sesungguhnya aku telah mendengar penghuni kubur ini berkata, dan masanya masih hampir.” Lalu kedua-dua matanya digenangi air mata.
(Hazrat Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما menceritakan) Baginda bersabda, “Sesiapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya dan dapat menyempurnakannya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf sepuluh tahun
dan sesiapa yang beriktikaf sehari kerana mencari keredaan Allah سبحانه وتعالى maka Allah akan jadikan di antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit lebih lebar dari jarak antara bumi dengan langit.”
(Kalaulah ini ganjarannya bagi satu hari iktikaf, maka betapakah kadar ganjaran bagi iktikaf selama sepuluh tahun.)
(Riwayat at-Tabrani dalam al-Ausath, al-Baihaqi, al-Hakim (sahih isnadnya) sebagaimana dalam at-Targhib. as-Suyuti dalam Dur (Manthur), disahihkan oleh al-Hakim, didaifkan oleh al-Baihaqi)
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 95-96
SubhanAllah.besarnya ganjaran jika kita bantu sesama saudara kita.Jgn lah kita ni kedekut sgt,sesungguhnya akan ditanya kat akhirat segala nikmat yang dikurniakan utk apa kita gunakan.

berkata tentang iktikaf ni,anda tahu ke apa itu iktikaf?
Secara jeneral nye iktikaf ni kira bertafakur dalam masjid.
Rukun iktikaf : 1.niat 2.berdiam diri(doa,zikir...)

dan ada lagi hadis berkenaan dengan iktikaf dan di bulan yg mulia ini iaitu RAMADHAN.

Al-Imam al-Sha`rani menukilkan, Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan ramadan, maka mendapat pahala 2 haji dan 2 kali umrah. Sesiapa yang iktikaf di dalam masjid antara maghrib dan isya’ tanpa bercakap-cakap dengan sesiapa, memenuhkannya dengan solat dan al-Quran, maka Allah membinakan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

Wallahua'lam.

Tuesday, July 24, 2012

Sahur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Dalam riwayat Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu, jangan lah kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air.Maka sesungguhnya Allah s.w.t dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur" - Riwayat Imam Ahmad

MasyaAllah,besarnya berkat sahur itu kawan2 >.< Allah dan malaikat berselawat.

Tahukah anda?hehee.. --> Sahur itu membezakan puasa kita umat Islam dengan org Yahudi dan Nasrani(ahli kitab).  berdasarkan sabda Rasulullah...

Jadi,bila waktu yang paling afdal utk sahur? kita perlu tidur dulu,kemudian bangun bersahur.sebaik-baiknya sebelum imsak sebagai tanda berhati2.lebih kurang setengah jam sebelum masuk subuh,bolehlah mule bersahur :) sesungguhnya melewatkan sahur itu yg paling baik,

Zaid bin Thabit pernah berkata:

"Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat subuh,"
Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?"
Berkata Zaid:
"Sekadar membaca 50 ayat alQuran" - Riwayat al-Bukhari


Sahabat,rajin2 lah bangun sahur ye.sgt besar berkatnya :) mkn buah kurma sebijik,minum air pon da ckup ...

Wallahua'lam.

Bulan istimewa :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Hai sahabat :).How's ur day of Ramadhan?speaking pulak kan :p.harapnya semua sedang bertungkus lumus beribadah padaNya.insyaAllah :>

Jadi seperti yang kita tahu,ade 3 bulan ni,yang sangat istimewa, REJAB,SYA'BAN,RAMADHAN.

3 sekawan.e'eh.hehee.setiap bulan ni,ade istimewanya.cuma na sentuh secara general.

REJAB
-digelar sebagai bulan Allah.
-terdapat 1 malam iaitu israk dan mikraj yang jatuh pd tanggal 27.

SYA'BAN
-digelar sebagai bulan Rasulullah S.A.W
-terdapat 1 malam iaitu malam nisfu sya'ban yang jatuhnya antara malam 14-15

RAMADHAN
-digelar sebagai bulan Ummat (bulan itu,bulan kita~~~ eh,nyanyi pulak kan :D )
-terdapat 1 malam yang teramat sangat istimewanya iaitu LAILATUL QADR.
 haaa,yg ni sgt istimewa.bila malam tu?xde sesiapa pon yg tahu kecuali Allah S.W.T sahaja.SubhanAllah.indahnya malam itu,amalnya berlipat kali gandanya.
walaupun kita xtahu,tapi sayangnya Rasulullah S.A.W kat kita, Baginda bg hint kat kite.haa..
Iaitu jatuhnya malam itu pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada tarikh yg ganjil.insyaAllah.mari kita usahakan.insyaAllah dipertemukan dengan malam itu, apa kita na bace?ha,ha,x tahu...hihi,hafal2!

DOA MALAM LAILATUL QADR
Aisyah R.A pernah bertanya pada Baginda:
“Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

doamalamlailatulqadar

Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “


hmmm,tapi jgnlah pulak last 10 terakhir Ramadhan je kita berusaha bersungguh2.mane boleh!haha.dia seolah2 mcm ade fasa dia.haaa,bulan Ramadhan ada fasanya,dan saya rasa semua tahu kan?

Fasa 1: 10 malam pertama = dikurniakan Rahmat
Fasa 2: 10 malam tengah = dikurniakan kemapunan
Fasa 3: 10 malam terakhir = pembebasan dari api neraka (adanya Lailatul Qadr)

Mcm kita isi borang UPU,x masuk fasa 1 x lps na masuk fasa 2 kan?haha...
cmtu lah,na masuk smpai fasa 3,kne la lulus fasa 1 n 2...

Jadi,marilah kite beramal bersungguh2 di bulan mulia ni ye.jgn asyik duk tido je(terkena pd sri sendri.)

Wallahua'lam.






Monday, July 23, 2012

Doa Jibrail diaminkan oleh Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ini berjaya pergi ke surau permai villa untuk tarawikh.suke2 >.<. 
so,time tazkirah,ada 1 hadith yg telah dikongsi bersama :) :

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

Maksud hadis: 
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar."
Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: "Amin."
Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: "Amin."
Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi:" Amin."
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: "Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini."
Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni
Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu
Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga
Lalu aku pun mengaminkannya 
-Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)] 

Ada 1 hadith palsu yg seakan2 mirip dgn hadith ini.mohon semua berhati-hati ye :) :

Hadis yang disebarkan berbunyi begini: Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: - Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); - Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; - Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. " Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat .


Mohon semua,kaji lah dulu sebelum menyebarkan sesuatu.kalau saya ade salah silap,mohon di tegur ya.insyaAllah :)

Wallahua'lam.




Sunday, July 22, 2012

Memberi Salam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ^-^ (jawab,x jawab dose :p)


Apa yang anda bygkan bila bace salam tu?msti bygkan yg saya tersenyum mesra kan? :)
Memang betul,salam itu amat mesra.Sgt berbeza bila seseorang tu menegur kita dgn memberi salam,dan bila berkata "Hai" ...betul x? bila org bg salam kita mcm sentap jap.haha :D tp kita terus akan rase seseorang tu baik akhlaknya kan?


Apa sebenarnya maksud salam ni?bg salam tp xtahu maksud...aduhai =.="


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh : "Semoga Allah memberi keselamatan, rahmat, dan berkahNya pada anda"


Dah tahu maksudnya kan?barulah bermakna bila kita bg salam kat org dan sebaliknya :)


Antara hadis2 berkenaan dengan salam :


Assalaam adalah nama dari nama² Allah yg dletakkan di bumi, maka sebarkan  di antara kamu. (HR. Bukhari)


Rasul bersabda,"mengucapkan  pada seorang mu'min itu sedekah" (HR. Ad-Dailami)


Orang yg paling dekat dengan Allah ialah yg memulai memberi salam. (HR. Abu Dawud) 


Orang yang memulakan salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur (HR Al-Baihaqi) 


hehee.nampak sgt amek dr mane kan?xpelah,kita sebar2kan utk dikongsi bersama :)


Salam ni,sangat banyak kelebihannya.antaranya mestilah dpt mengeratkan silaturrahim.tp yg x suke nye bila wujud lelaki2 yg menyalahgunakan salam ni.suke benor mengacau wanita2 yg lalu.
"Assalamualaikum awk,x jwb dose..." =.=" tahu pulak dose nye.jgn lah kacau,x suke pon.
Terbaca 1 artikel ni,antara kelebihan salam:


KAMAR-KAMAR DI SYURGA


Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.
“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”
“Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
>.< suke2 


hukum memberi salam sunat,jawab wajib.namun begitu,ade beberapa salam yang tak wajib pon utk kite jawab.
Salam yang x wajib dijawab ade 4 berdasarkan Ustaz Abu Hassan ckp:
1.Salam dari bukan Islam(penerangan di bawah)
2.Salam solat jemaah
-maksudnya salam yang imam ucap time tahiyyat akhir.salam tu bukan utk kite.jgn jwb!haha
3.Salam yang diberi di akhir ucapan
-Rasulullah pernah bersabda bahawa salam itu adalah utk permulaan,bukan di akhir.jd apabila seseorang itu berucap dahulu then baru bg salam,x wajib utk kita jwb salam tersebut.
4.Salam yang dipermainkan
-haaa,yg ni salam mat rempit atau segala jenis mat la yg suke duk ngacau org."Assalamualaikum awk,x jwb dose..haha"...yg ni,x wajib ye dijawab.




tapi, kebanyakan kita confused bila dgn bukan Islam.betul x?betul x? Mungkin ni dpt membantu serba sedkit,kalau ade silap,mohon tegur ya :)


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه


Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.


Ulama berbeza pendapat tentang hadith ini, ada yang kata haram,dan ada pula yang kata makruh.


Mari kita lihat yang seterusnya




{وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا (86)} [النساء : 86]
"Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (QS. An Nisaa' : 86).

Maksudnya di sini, kita boleh menjawab salam dari bukan yang Islam tapi ada caranya.Kita baca pulak kisah ni :) (Ustaz Abd Hakim)

Berkata Hisyam bin Zaid bin Anas bin Malik:
 Saya pernah mendengar Anas bin Malik berkata: 
Seorang Yahudi pernah lalu dihadapan Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam lalu dia mengucapkan (salam dengan ucapan): 
"AS SAAMU' ALAIKA."
 Maka Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam menjawabnya:
"WA'ALAIKA."
Kemudian Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda (kepada para Sahabat): 
"Tahukah kamu apa yang dia ucapkan? Dia mengucapkan (salam kepadaku dengan ucapan): AS SAAMU'ALAIKA [ Kematian untuk kamu ]."
Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, izinkan kami untuk membunuhnya?
Baginda menjawb: "Jangan! (Tetapi) apabila Ahlul Kitab memberi salam kepada kamu maka jawablah: "WA'ALAIKUM (saja)." (HR. Bukhari no. 6926).
Jadi,sebab itulah kenpa kalau bukan Islam bagi salam pada kita,kita jawab WA'ALAIKUM atau WA'ALAIKA sahaja.Sebabnya, maksud AS SAAMU adalah MATI.maka Rasulullah S.A.W mengajarkan menjawab seperti yang dikatakan tadi yang bermaksud "atas kamu juga(kematian)"

Imam Nawawi pula berpendapat kita boleh beri salam kepada bukan Islam tetapi jika perlu.Sebagai tanda hormat kita kepada mereka.Situasi macam ni sesuai lah utk kita di Malaysia yang berlainan bangsa dan agamanya.Contohnya : "Selamat pagi, Pagi yang bahagia, Salam 1 Malaysia (e'eh,hehee :P)..." mcm tu lah.


Jadi,marilah kita sama2 amalkan memberi salam sesama saudara Islam kita.boleh tambah pahala.free je kan? :) Ingat,jumpe kawan lepas ni, "Assalamualaikum (dgn senyuman :3)"


Wallahualam.