Tuesday, December 7, 2010

hanya aku dan Allah...

Tidak perlu ku imbau kembali,
Masa lalu yang sangat pahit,
Yang sentiasa menjadi bisa,
Yang menyelubungi hatiku.

Siapa lagi kalau bukan aku,
Yang perlu menjaga hatiku,
Insan lain takkan pernah tahu,
Apa sebenarnya yang tersirat di kalbuku.

Jika aku ingin berubah,
Biarkan aku berubah,
Kerana Allah yang Maha Esa,
Bukan kerna manusia .

Allah itu sentiasa di sisimu,
Menunjukkan padamu,
Jalan yang selamat,
Agar kau tidak sesat.

Berdoalah padaNya,
Pohonlah padaNya,
Rayulah padaNya,
Sujudlah padaNya.

Kerana dunia hanyalah sementara....

Kembara mencari cinta
6.30-7/12/10-1 muharram...