Wednesday, November 17, 2010

kenali daku

Diriku ibarat kaca,
Andai ku jatuh,
maka hancur berderailah seluruh ragaku,
Andai aku digilap,
Diletak pula di tempat
yang dilihat manusia,
maka bersinar megahlah diriku, 
Andai terguris sedikit,
maka tercalarlah sanubariku,
Andai dihiasi dengan kilauan permata,
maka tertunduklah manusia terhadapku...

Aku hanya mampu
mengikut apa yang dilakukan terhadap ku,

Hakikatnya,
aku mahu menjadi permata,
nilainya tiada tandingan,
sukar pula untuk dicari,
dihempas tidak juga berkecai,
menjadi sanjungan ramai...


4.32 p.m,29/1/10
kembara mencari cinta

No comments:

Post a Comment