Saturday, November 20, 2010

palsu



tiap kali ak merasakan bahagia,
ada duka yg dtg melanda,
kerna bahagia yg ku rasa,
bukanlah kebahagiaan yg sebenar,
segalanya hanyalah palsu...

benar,
dunia hanyalah palsu,
kisah cinta manusia,
semuanya palsu,
mereka bilang bahagia,
sdg hati mereka kotor,
mereka sdg terseksa...

mereka buta,
buta kerana cinta,
cinta dunia yg palsu,
palsu semata-mata...

by Nor Arina on Thursday, July 29, 2010 at 2:43am

Thursday, November 18, 2010

kisah cinta manusia

saat hati gembira
terasa kekal di dunia
kerana hadirnya cinta
dari insan bergelar manusia
suka dan duka ditempuhi bersama
segala rahsia tersimpan di dada
benarkah ku kan bersamanya?
semoga bahagia aku dan dia

namun cinta itu terlalu buta
bagi manusia yang sangat alpa
tidak kenal erti sebenarnya
maka hanyutlah
berlumuran dosa

saat hati ini hampa
baru terasa singkatnya usia
kerana hilangnya cinta
dari insan yang bergelar hamba
segalanya dilalui sendiri
namun rahsia masih tersimpan
yang bersama kan terpisah
kerana bahagia bukan hakikatnya

barulah hati ingin kembara
mencari cinta yang sebenar
tersedarlah manusia dari lena
memohon keampunan dari yang Maha Esa
maka berbahagialah
tika cinta Allah bertakhta

nor arina
1.35 a.m,jumaat,21.5.2010
kembara mencari cinta

~syukur Allah masih sygkn hambaNya~

Wednesday, November 17, 2010

akulah manusia


aku bukan malaikat
yang sentiasa taat dengan perintah Tuhan

aku bukan malaikat
yang tidak pernah leka walau sesaat

aku bukan malaikat
yang sangat tinggi nilai imannya

namun...

aku juga bukan iblis
yang sentiasa membisiikan kejahatan dalam diri manusia

aku juga bukan iblis
yang angkuh dan tidak tunduk

aku juga bukan iblis
yang ingin memecahkan belahkan insan yang bersama

hakikatnya...

aku hanyalah manusia biasa
yang kadang sedar
kadangku terlena

aku hanyalah manusia biasa
yang kadang ku teguh
dan kadangku runtuh

aku hanyalah manusia biasa
yang kadang ku tekun
dan kadangku lalai

sesungguhnya...

aku bersyukur dan reda
dengan diriku seadanya...

nor arina
10.02 p.m/jumaat/14.5.2010
kembara mencari cinta


kenali daku

Diriku ibarat kaca,
Andai ku jatuh,
maka hancur berderailah seluruh ragaku,
Andai aku digilap,
Diletak pula di tempat
yang dilihat manusia,
maka bersinar megahlah diriku, 
Andai terguris sedikit,
maka tercalarlah sanubariku,
Andai dihiasi dengan kilauan permata,
maka tertunduklah manusia terhadapku...

Aku hanya mampu
mengikut apa yang dilakukan terhadap ku,

Hakikatnya,
aku mahu menjadi permata,
nilainya tiada tandingan,
sukar pula untuk dicari,
dihempas tidak juga berkecai,
menjadi sanjungan ramai...


4.32 p.m,29/1/10
kembara mencari cinta